Hidup ku ini semakin menjadikan aku lebih dewasa dalam mengenal dunia. Banyak aku pelajari sama ada melaui pemerhatian, pengalaman, ataupun pembacaan. Aku tertarik sebentar ilmu mengenai zina hati. sememangnya zina hati lah yang paling aku takuti kerana bagi insan yang loemah seperti aku ni bukan mudah untuk aku mengelakkannya.Namun, setiap hari aku cuba menadah tangan pada ilahi memohon pada-Nya,supaya kau jauhkan lah hati aku ini dengan cinta kemaksiatan tapi sampaikanlah cinta yang penuh dengan keredhaan-Mu kepadaku apabila sampai pada masa yang tepat.
Bukan aku tidak pernah mencintai seseorang ataupun menyukai mana-mana lelaki dalam dunia ini, tapi semenjak aku menganjak dewasa. aku cuba menjauhkan diri. Kerana aku tahu bahawa cinta yang hakiki hanyalah untuk Ilahi. Aku takut mungkin suatu hari nanti aku mgkin tidak ada siapa yang mahu dengan aku..kerana setiap wanita memang menantikan sebuah perkahwinan, namun aku yakin dengan janji Allah bahawa "wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik".
Seperkenalanku dengan si dia memang amat indah kerana dia amat matang dan pndai dalam berbicara, namun bukan setakat itu yang aku lihat tapi keimanannya juga menjadi tarikan hati aku ini. hari demi hari aku berlalu dengan begitu indah dan si dia teguh menemani aku. mungkin aku suka padanya namun entahla bagiku dia amat istimewa. namun aku lupa bahawa kebahagian seperti ini hanyalah sementara dan tidak akan kekal selama-lamanya. Hari demi hari juga aku banyak membaca artikel tentang dunia cinta dalam islam, dan aku sedar bahawa hubungan seperti ini perlu dihentikan..Bukan senang kerana hati ini amt menyayangi namun aku cuba merelakan dia pergi dari hidupku kerana aku hanya ingin menawan cintaku terhadap Allah.sesungguhnya memang pada mulanya aku tiada kekuatan dalam melakukannya..namun aku cuba meminta pada yang Maha Pengasih segala kekuatan supaya aku dapat melupakannya. alhamdulillah setelah lama aku meminta akhirnya doaku termakbul walaupun kekadang aku masih teringat akan dirinya tapi cuba aku tepis segalanya. dia juga seperti memahami keadaanku walaupun aku tidak mengtakan bahawa yang selepas ini kita tidak akan berhubungan lagi...entahla..
dan selepas ini aku berharap bahawa hanya yang terbaik buat diriku.sekiranya dia yang terbaik aku terima dengan redha.
wahai muslimah disana, jangan lah ko anggap perkara ini sebagai benda yang remeh kerana diakhirat kelak ia tetap akan di hitung..Wallahua 'alam. sama - sama kita renungkan.