Wednesday, April 28, 2010

.kenangan indah @ sedih.

Semalam aku dan rakan2 telah pergi ke Sunway Pyramid...mmg sungguh indah dan amat luas..sehingga kaki ku ini..mahu terus berjalan tanpa mahu berhenti...tapi sayang nya...kenangan yang ku sangka akan ku bina pada hari ini indah..aku sendiri tidak tahu sama ada ianya sudah bertukar rupa atau tidak..

mungkin ini yang dikatakan takdir untuk bertemu semula dengan sahabat lama yang telah memberikan aku erti cinta dan persahabatan.Huh!!! entah ye atau tidak.satu pertemuan yang buatkan kami tidak berbicara antara satu sama lain. kami kini hanyalah sahabat biasa...jadi apa yg hendak dimalukan..entahlah..

Adakah apabila seseorang yang bersahabat kemudian bersambung menyulam cinta, kemudian cinta itu terburai, dan adakah ini bermakna persahabatan juga tergadai...saya rasa pemikiran seperti ini perlu dikikis jauh2..kerana aku tidak setuju dan aku benci untuk mengalaminya...

Sakit hati ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya keran aaku yang menderita.tidak mengapa sekiranya lelaki itu ingin meneruskan dengan pemikiran seperti itu.aku redha..dan yang penting niatku hanya ingin bersahabat dan tidak mungkin lebih dari itu..kerana aku mengerti yang jodoh ku di tangan ALLAH dan sememangnya aku amat yakin dengan itu...

"andai semua mengerti bahawa bercouple itu haram, sedarlah bahawa lepaskan sahaja cinta itu keran ia kan membawa kepada kemaksiatan"

Thursday, April 15, 2010

.mata yang mampu menipu.

Allah kurniakan mata untuk kita lihat kebesarannya..namun kita tidak mengetahui sebenarnya mata mampu menipu semua insan didunia..... 

Ada cara bagaimana kita dapat menegetahui mata itu menipu kita...
1.Cuba tanye soalan pada seseorang tentang sesuatu yang perlu untuk mereka ingattkan..contohnya..Apa baju raya anda 3 tahun lepas.
2. Pandang kearah anak matanya ketika dia sedang berfikir untuk mengingat semula... sekiranya anak matanya memandang kearah kanan atas..maknanya memang benar dia sedang mengingat kembali..namun sekiranya dia memandang kearah kiri atas..mungkin dia cuba menipu dengan membentuk imej baru....
Setakat hari ini saya dah cuba kat semua roomate saya..dan Alhamdulillah ..hasilnya terbukti benar..kalau tak yakin..boleh lah rujuk buku Tips Menjadi Individu Menarik, Dato' Fadzilah Kamsah...

Namun wahai insan..janganlah kita cuba menipu dengan kurnian Allah..gunakanlah sebaiknya..selamat mencuba.!

Sunday, April 4, 2010

mylovestory

Jarak umur bukan jadi penghalangnya..namun ada sesuatu yang mungkin tidak mengizinkan cinta ini diteruskan..Dalam hidup paling penting ialah hubungan dan restu orang tua..kalau tidak meranalah dunia akhirat kita..aku berkenalan dengannya sejak aku berumur 6 tahun..dan kisah kami bermula..hmm..namun aku tak pasti...tapi semua itu hanyalah angan-angan semata..kisah yang berlaku dihadapan mata ku ini mengajar kau erti sebenar cinta..dan yang pasti cinta dan sayang ada bezanya...cuma kita yang tidak merungkainya..

"Cinta bukan melemahkan hati,bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis tali sedan tapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan"

renung-renungkanlah dan selamat beramal ^_^