Monday, July 5, 2010

berakhir disini:(

salam buat semua pembaca..disini saya ingin menamatkan riwayat blog ini..dan saya ingin membuka lembaran baru..so..bolehla..anda jadi followers saya di blog http://airahtrex.blogspot.com/   sekian TQ

Saturday, June 5, 2010

Pulang ke kampung

hahahaha..sungguh indahnye pulang ke kampung batu pahat johor...memang mcm2 yang terjadi..pening pale otak bila memikirkan..dan ade gak rase mcm nak nanges...hahahaha...tpi itulah pengalaman yang best untuk bulan itu..hahahaaku pasti merindui kampung itu..terutama nenek dan atok..thanks la along tolong bawa aku blik kampung..hahahaha..cume xsempat nak pnjat pokok je..hahahaha..i will miss that moment..thanks a lot.

Wednesday, May 5, 2010

.telah aku ketahui.

Hidup ku ini semakin menjadikan aku lebih dewasa dalam mengenal dunia. Banyak aku pelajari sama ada melaui pemerhatian, pengalaman, ataupun pembacaan. Aku tertarik sebentar ilmu mengenai zina hati. sememangnya zina hati lah yang paling aku takuti kerana bagi insan yang loemah seperti aku ni bukan mudah untuk aku mengelakkannya.Namun, setiap hari aku cuba menadah tangan pada ilahi memohon pada-Nya,supaya kau jauhkan lah hati aku ini dengan cinta kemaksiatan tapi sampaikanlah cinta yang penuh dengan keredhaan-Mu kepadaku apabila sampai pada masa yang tepat.

Bukan aku tidak pernah mencintai seseorang ataupun menyukai mana-mana lelaki dalam dunia ini, tapi semenjak aku menganjak dewasa. aku cuba menjauhkan diri. Kerana aku tahu bahawa cinta yang hakiki hanyalah untuk Ilahi. Aku takut mungkin suatu hari nanti aku mgkin tidak ada siapa yang mahu dengan aku..kerana setiap wanita memang menantikan sebuah perkahwinan, namun aku yakin dengan janji Allah bahawa "wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik".

Seperkenalanku dengan si dia memang amat indah kerana dia amat matang dan pndai dalam berbicara, namun bukan setakat itu yang aku lihat tapi keimanannya juga menjadi tarikan hati aku ini. hari demi hari aku berlalu dengan begitu indah dan si dia teguh menemani aku. mungkin aku suka padanya namun entahla bagiku dia amat istimewa. namun aku lupa bahawa kebahagian seperti ini hanyalah sementara dan tidak akan kekal selama-lamanya. Hari demi hari juga aku banyak membaca artikel tentang dunia cinta dalam islam, dan aku sedar bahawa hubungan seperti ini perlu dihentikan..Bukan senang kerana hati ini amt menyayangi namun aku cuba merelakan dia pergi dari hidupku kerana aku hanya ingin menawan cintaku terhadap Allah.sesungguhnya memang pada mulanya aku tiada kekuatan dalam melakukannya..namun aku cuba meminta pada yang Maha Pengasih segala kekuatan supaya aku dapat melupakannya. alhamdulillah setelah lama aku meminta akhirnya doaku termakbul walaupun kekadang aku masih teringat akan dirinya tapi cuba aku tepis segalanya. dia juga seperti memahami keadaanku walaupun aku tidak mengtakan bahawa yang selepas ini kita tidak akan berhubungan lagi...entahla..

dan selepas ini aku berharap bahawa hanya yang terbaik buat diriku.sekiranya dia yang terbaik aku terima dengan redha.

wahai muslimah disana, jangan lah ko anggap perkara ini sebagai benda yang remeh kerana diakhirat kelak ia tetap akan di hitung..Wallahua 'alam. sama - sama kita renungkan.

Wednesday, April 28, 2010

.kenangan indah @ sedih.

Semalam aku dan rakan2 telah pergi ke Sunway Pyramid...mmg sungguh indah dan amat luas..sehingga kaki ku ini..mahu terus berjalan tanpa mahu berhenti...tapi sayang nya...kenangan yang ku sangka akan ku bina pada hari ini indah..aku sendiri tidak tahu sama ada ianya sudah bertukar rupa atau tidak..

mungkin ini yang dikatakan takdir untuk bertemu semula dengan sahabat lama yang telah memberikan aku erti cinta dan persahabatan.Huh!!! entah ye atau tidak.satu pertemuan yang buatkan kami tidak berbicara antara satu sama lain. kami kini hanyalah sahabat biasa...jadi apa yg hendak dimalukan..entahlah..

Adakah apabila seseorang yang bersahabat kemudian bersambung menyulam cinta, kemudian cinta itu terburai, dan adakah ini bermakna persahabatan juga tergadai...saya rasa pemikiran seperti ini perlu dikikis jauh2..kerana aku tidak setuju dan aku benci untuk mengalaminya...

Sakit hati ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya keran aaku yang menderita.tidak mengapa sekiranya lelaki itu ingin meneruskan dengan pemikiran seperti itu.aku redha..dan yang penting niatku hanya ingin bersahabat dan tidak mungkin lebih dari itu..kerana aku mengerti yang jodoh ku di tangan ALLAH dan sememangnya aku amat yakin dengan itu...

"andai semua mengerti bahawa bercouple itu haram, sedarlah bahawa lepaskan sahaja cinta itu keran ia kan membawa kepada kemaksiatan"

Thursday, April 15, 2010

.mata yang mampu menipu.

Allah kurniakan mata untuk kita lihat kebesarannya..namun kita tidak mengetahui sebenarnya mata mampu menipu semua insan didunia..... 

Ada cara bagaimana kita dapat menegetahui mata itu menipu kita...
1.Cuba tanye soalan pada seseorang tentang sesuatu yang perlu untuk mereka ingattkan..contohnya..Apa baju raya anda 3 tahun lepas.
2. Pandang kearah anak matanya ketika dia sedang berfikir untuk mengingat semula... sekiranya anak matanya memandang kearah kanan atas..maknanya memang benar dia sedang mengingat kembali..namun sekiranya dia memandang kearah kiri atas..mungkin dia cuba menipu dengan membentuk imej baru....
Setakat hari ini saya dah cuba kat semua roomate saya..dan Alhamdulillah ..hasilnya terbukti benar..kalau tak yakin..boleh lah rujuk buku Tips Menjadi Individu Menarik, Dato' Fadzilah Kamsah...

Namun wahai insan..janganlah kita cuba menipu dengan kurnian Allah..gunakanlah sebaiknya..selamat mencuba.!

Sunday, April 4, 2010

mylovestory

Jarak umur bukan jadi penghalangnya..namun ada sesuatu yang mungkin tidak mengizinkan cinta ini diteruskan..Dalam hidup paling penting ialah hubungan dan restu orang tua..kalau tidak meranalah dunia akhirat kita..aku berkenalan dengannya sejak aku berumur 6 tahun..dan kisah kami bermula..hmm..namun aku tak pasti...tapi semua itu hanyalah angan-angan semata..kisah yang berlaku dihadapan mata ku ini mengajar kau erti sebenar cinta..dan yang pasti cinta dan sayang ada bezanya...cuma kita yang tidak merungkainya..

"Cinta bukan melemahkan hati,bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis tali sedan tapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan"

renung-renungkanlah dan selamat beramal ^_^

Monday, March 29, 2010

Kehidupan Baru

Salam..aku akhirnya dapat menjejakkan kaki dalam satu tempat yang baru dipanggil UiTM.Nama panggilan juga sudah ditukar dari 'budak sekolah' kepada 'SISWA'...Glamour gitu...bukan senang aku nak masuk universiti ini dengan usia aku yang masih muda...ketika  aku berumur 17 tahun..hahaha..jangan terkejut!!!Mungkin ramai yang merasakan aku terlalu rugi kerana membiarkan waktu muda ku berlalu begitu sahaja..mungkin benar apa yang mereka katakan..hahaha..tapi ini sume untuk kebaikan aku....semoga aku berjaya disini..!!!